MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH
Selasa, 16 Desember 2014
Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat di tempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan pribadi masing-masing iaitu harus di tempuh secara bertingkat-tingkat. Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat & Ilmu Ma'rifat, berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk megenal sesuatu itu dengan cara bersungguh-sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya & siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya."
MENGENAL DIRI SENDIRI
Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) & bentuk-bentuk batin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang di maksudkan dengan qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci & berpengaruh di dalam tubuh & dia lah yang mengatur jasmani & segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insani Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dia yang bertanggung-jawab & dialah yang dipuji atau disiksa oleh Allah.
Untuk meneliti & mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa & dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani/Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh/Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu & ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri. Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa " Manusia itu adalah mikrosmos" atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.
Sebahagian orng berpendapat bahawa hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kacuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: " Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikait sahaja". ( Surah Isra.Ayat 85). Apabila seseorang bertakafur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya pada masa dahulunya, "tidak pernah ada". Firman Allah: " Tidakkah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun". Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dujadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikit pun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala & sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang & nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.
Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan & Kasih Sayangnya Tuhan yang menjadikannya.Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dalam kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, perumahan & sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dalam muka bumi ini. Di sini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman & Rahimnya Allah yang begitu besar & luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban-keajaiban. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan & KebijaksanaanNya, serta penuh pula dengan berbagai-bagaim alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih SayangNya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu "ADA". Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian & pengenalan diri sendiri akan menjadi kunsi bagi pengenalan Allah.
MENGENAL ALLAH
Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan-perbuatan kita bagi mempelajari & meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kita kekuatan, kepandaian & mencintai ciptaanNya. Sifat-sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat-sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua-duanya iaitu ALLAH & ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna & tidak berukuran.
Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, tetapi kesukaran-kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti peraaan marah, sakit, gembira & cinta. Hal ini merupakan faham fikiran & tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk & ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat menganal suara & begitu juga dalam mengertikan kenyataan-kenyataan pokok yakni Tuhan & Roh. Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas-batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran & selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirnya sebegitu jauh. Betapa pun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta & Dia adalh tidak mengenal ruang & waktu, tidak mengenal bentuk & ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya. Sebagaimana yang telah dihuraikan, " ROH tidak mendapat tempat tertentu di dalam bahagian sesuatu badan, tidak terpisah-pisah, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi ia memerintah JASAD". Demekianlah ALLAH, tidak mengnal ruang & masa, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta.
Itulah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Besar & Maha Agung.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
1. Terbuka Sendiri.
- Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 i
nsan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
- Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
- Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
- Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
- Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
- Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
- Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
- Ianya duduk didalam jasad
- Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
- Dia lah yang Menghidupkan kita
- Punca tenaga
- Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
- Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"
(sumber: http://abohdd.blogspot.com/p/mengenal-diri-sendiri-sebagai-kunci.html)
(sumber: http://internatebest.webs.com/)
Comments